Nasional

Polis buru enam lelaki terlibat pergaduhan

POLIS sedang memburu enam suspek lelaki yang terlibat dengan pergaduhan di tempat meletak kenderaan Rumah Pangsa DBKL Setapak Jaya seperti yang tular di media sosial hari ini.

Difahamkan, semakan polis mendapati rakaman pergaduhan yang tular itu berlaku pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 7 pagi.

Dalam kejadian tersebut, suspek merupan enam lelaki yang bersenjatakan padlock, topi keledar dan pisau telah memukul dua orang mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Emilia Jamil (016-2479017) atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Gopal Subramanian (012-5120242).

“Maklumat juga boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. -SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button