Nasional

Kurang 3 jam dibuka, hampir semua vaksin AstraZeneca ditempah

Pemberian vaksin AstraZeneca secara suka rela hampir habis ditempah tidak sampai tiga jam tawaran untuk mendapatkannya dibuka kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari tadi.

Empat pusat suntikan vaksin itu dibuka kepada orang ramai dengan tiga daripadanya iaitu Pusat Persidangan Ideal Shah Alam (IDCC), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia telah habis ditempah menjelang pukul 3 petang tadi.

Sementara Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hanya berbaki pada tarikh 27 Mei hinggi 31 Mei dan 1 Jun hingga 4 Jun.

Setakat ini, Malaysia sudah menerima 268,800 dos vaksin AstraZeneca pada 23 April lalu, dengan penerima memerlukan dua dos vaksin bagi mendapat perlindungan lengkap daripada COVID-19.

Pada sidang media Rabu lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela susulan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin itu, yang dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.

JKJAV memutuskan vaksin itu hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini selepas membuat pertimbangan mengenai bilangan kes di negeri berkenaan yang masih lagi tinggi.

Mereka yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca boleh membuat tempahan melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.-SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button