Nasional

Saham Indonesia kekal prestasi terbaik berbanding Malaysia

 

Kuala Lumpur: Sehingga hari ini (9/6/2022), Jakarta Stock Exchange Composite (JKSE) naik 0.82 persen ke 7.252,00. Sebelumnya pada perdagangan sesi semalam, JKSE sempat menyentuh di 7.193,31 mata.

Walaupun mempunyai 300 juta penduduk, Indonesia memiliki prestasi saham yang agak baik di rantau ini.

Ia disebabkan oleh, keadaan ekonomi Indonesia yang masih berada pada asas yang baik. Hal ini disebabkan oleh faktor Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di atas jangkaan. Perekonomian Indonesia berhasil naik sebanyak 5.01 persen secara tahunan, lebih tinggi dibandingkan dengan jangkaan 4.95 persen.

Selain itu, angka inflasi yang relatif rendah dibandingkan dengan inflasi negara lain. Inflasi Indonesia secara tahunan 3.5 persen pada April 2022.

Kemudian, nilai mata wang yang stabil di tengah ketidakpastian global memacu kestabilan saham Indonesia. Nilai mata wang rupiah yang stabil disebabkan oleh adanya peningkatan harga komoditi batu bara, nikel, serta besi dan baja, yang memberi kesan besar terhadap nilai eksport Indonesia.

Kadar pelaburan asing juga lebih tinggi di negara itu. Dengan kestabilan rupiah, angka inflasi yang agak rendah, serta meningkatnya harga komoditi, Indonesia dipilih oleh investor asing sebagai destinasi pelaburan utama.

Sentimen inilah yang pada akhirnya membuat JKSE cepat kembali selain kerana faktor tingginya harga komoditi maka saham teknologi pun turut ikut meningkat.

Lain pula bagi Bursa Malaysia yang dibuka agak rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.15 mata kepada 1,523.71 daripada penutup hari Rabu 1,523.86.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 0.55 mata lebih rendah pada 1,523.31.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbalas 120, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,805 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 158.76 juta unit bernilai RM72.95 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI ‘tewas’ pada penjualan jam akhir apabila pelabur bergelut untuk mencari pegangan di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan inflasi dan tekanan kos.

“Memandangkan terdapat sedikit ‘nada’ negatif di Wall Street, saham teknologi akan tertekan sekali lagi sementara kenaikan harga minyak mentah Brent melepasi paras AS$123, ditambah dengan mogok pemandu lori di Korea Selatan, boleh mengancam gangguan rantaian bekalan global serta menambah risiko kepada inflasi global.

“Justeru, kami percaya akan ada aktiviti dagangan positif dalam sektor bertemakan pemulihan kerana kita sedang beralih ke fasa endemik,” katanya.

Sementara itu, minyak sawit mentah (MSM) didagangkan sekitar RM6,450 dan dalam pergerakan aliran menaik.

Bagi sektor tumpuan, firma pembrokeran berpendapat bekalan yang ketat dalam pasaran minyak disebabkan oleh ketegangan Ukraine-Russia yang tidak dapat diselesaikan selain permintaan yang pulih dari China akan terus menyokong harga minyak, sekali gus memberi manfaat kepada sektor tenaga.

“Selain itu, kami positif terhadap sektor pengguna, REIT, pengangkutan dan logistik,” tambahnya.

 

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button