Ekonomi

Empat misi NIMP 2030 mampu tingkatkan kedudukan industri Malaysia

Empat misi yang difokuskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP) mampu meningkatkan kedudukan industri Malaysia di dalam rantaian nilai global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor perindustrian memainkan peranan besar dalam mengangkat ekonomi negara dan pembangunan masyarakat.

“Di dalam ucapan, saya terangkan bahawa NIMP 2030 adalah inisiatif seluruh negara (whole-of-nation) dengan pendekatan berasaskan misi (berbanding berasaskan sektor).

“4 misi tersebut adalah mencapai kepelbagaian ekonomi (economic complexity) yang lebih tinggi, pendigitalan/ automasi secara agresif, matlamat karbon-sifar dan ekonomi yang lebih saksama serta inklusif,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis peluncuran Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP) pada pagi tadi yang bertempat di Menara MITI, Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri MITI Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta lain-lain Menteri yang ikut serta.

Mengulas lanjut tentang pelan tersebut, Perdana Menteri menegaskan Kerajaan komited ke atas NIMP 2030 yang akan dilaksanakan dalam tempoh 7 tahun.

“Antara lain, Kerajaan akan mewujudkan Majlis Negara NIMP 2030 dengan penyertaan daripada Kementerian-kementerian dan wakil industri.

“Kerajaan juga akan menyokong hampir 10% daripada RM95 bilion jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat NIMP 2030,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut berkesempatan menyaksikan penyerahan sijil kepada 11 buah syarikat/persatuan yang dikenal pasti sebagai peneraju bagi Projek-projek Berdasarkan Misi (MBPs).

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button