Nasional

Hujan sejak awal pagi, 400 rumah digenangi air

HUJAN lebat yang tidak berhenti sejak awal pagi tadi telah mengakibatkan lebih kurang 400 buah rumah di 10 buah kampung di di daerah Hulu Langat dilanda banjir.

Difahamkan, kampung yang terkesan dengan banjir ialah di Kampung Batu 16, Kampung Sungai Serai, Kampung Kuala Perdik, Kampung Batu 14, Kampung Batu 18, Kampung Batu 20 Sungai Lui, Kampung Batu 17, Kampung Dusun Nanding, Kampung Batu 13 dan Kampung Lubuk Kelubi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Zafuruddin Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.25 pagi.

Gambar laman sosial

Menurutnya, sebanyak sembilan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi, dan mendapati Kampung Dusun Tua sudah dilanda banjir.

“Air banjir turut melimpah ke jalan utama menyebabkan dua rumah dinaiki air dan 12 penghuni di dua rumah berkenaan dipindahkan ke tempat selamat menggunakan bot.

“Difahamkan ketinggian air dianggarkan mencecah 0.45 meter dan kini ada tanda menunjukkan air semakin naik,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Ujarnya, kerja-kerja pemindahan mangsa sedang dilakukan dan kesemua mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Taman Sri Nanding. -SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button