Nasionalpilihan

Lelaki maut ditikam tegur saiz payu dara

Seorang pengurus sebuah syarikat maut ditikam seorang pelanggan gara-gara bercakap mengenai saiz payudara di sebuah gerai makan di Taman Kenangan, Tengkera di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4.00 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Melaka untuk mendapat rawatan akibat parah di tikam di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya datang ke gerai berkenaan dalam keadaan mabuk selepas selesai berhibur.

“Dipercayai mangsa dikatakan bercakap dengan kawannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita di situ berusia 26 tahun.

“Tindakan si mati telah ditegur seorang lelaki berusia 27 tahun yang mendakwa dia adalah pengawal peribadi wanita terbabit.

“Keadaan menjadi tegang apabila berlaku pergaduhan dengan tolak menolak dan tumbuk menumbuk antara si mati, pengawal peribadi dan kekasih wanita itu berusia 36 tahun,” katanya di sini hari ini.

Christopher berkata, polis yang menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 4.15 pagi telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka dengan menaiki pacuan empat roda oleh dua rakan mangsa.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital itu.

“Hasil bedah siasat menunjukkan, mangsa meninggal dunia akibat luka kesan tikaman pada jantung,” katanya.

Beliau menambah kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bertindak daripada kejadian itu katanya, polis telah menahan tujuh suspek berusia antara 25 hingga 38 tahun termasuk pengawal peribadi berkenaan serta teman wanita itu dan kekasihnya itu untuk membantu siasatan.

Katanya, polis turut merampas pisau dan batang besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button