Luar Negara

Kumpulan pro-Israel belanja lebih AS$1 juta pastikan kempen pilihan raya Sanders gagal

Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) sebuah pertubuhan pro-Israel membelanjakan lebih AS$1 juta untuk membeli iklan bagi menghalang Senator Bernie Sanders menang sebagai calon Parti Demokrat untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Sputnik.

“PAC membelanjakan lebih AS$1.4 juta untuk memastikan Sanders gagal. Sejumlah $ 800,000 untuk iklan di Iowa dan AS$600,000 di Nevada,” memetik sumber kumpulan pemerhati pilihan raya.

Awal bulan ini, satu laporan mengatakan PAC sangat rapat dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC).

Meskipun Sanders seorang Yahudi, beliau sendiri sering mengkritik tindakan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Calon demokratik itu akan bersaing di kokus Nevada pada Sabtu.

Sanders dan bekas Datuk Bandar Indiana Peter Buttigieg mengetuai barisan calon Demokratik bersama Senator Elizabeth Warren, bekas Naib Presiden Joe Biden dan Senator Amy Klobuchar.

— BERNAMA

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button