Sukan

FIFA, AFC tangguhkan kelayakan Piala Dunia rantau Asia

KUALA LUMPUR, 10 Mac  — Susulan rundingan bersama ahli persatuan dari Asia,  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju   menangguhkan perlawanan kelayakan Asia untuk Kejohanan Piala Dunia Qatar 2020 ekoran penularan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan, FIFA berkata penangguhan tarikh perlawanan meliputi perlawanan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada kalendar perlawanan antarabangsa dari 23 hingga 31 Mac dan dari 1 hingga 9 Jun, 2020.

“Bagaimanapun untuk memberi sokongan kepada ahli persatuan yang prihatin dan memastikan keselamatan semua individu terlibat memenuhi standard diperlukan dan ahli persatuan yang akan berhadapan satu sama lain. secara bersama bersetuju perlawanan masih boleh dilangsungkan semasa kalendar perlawanan antarabangsa pada Mac atau Jun 2020, tetapi tertakluk kepada persetujuan awal daripada, FIFA dan AFC,” kata kenyataan itu.

FIFA dan AFC juga bersetuju untuk menangguhkan Kejohanan Futsal AFC 2020 di Turkmenistan, yang merupakan kelayakan bagi Piala Dunia Futsal 2020 di Lithuania dari 5 hingga 16 Ogos tahun ini.

Menurut kenyataan itu perlawanan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Olimpik  yang bakal menjelang dilihat akan berlangsung seperti dijadualkan, kecuali perlawanan play-off kelayakan Olimpik wanita antara Korea Selatan dengan China yang akan berlangsung dalam kalendar perlawanan antarabangsa dari 1 hingga 9 Jun.

“FIFA dan AFC akan terus menilai keadaan mengikut perkembangan semasa  COVID-19 dan akan memutuskan sama ada perlu lagi membuat perubahan ke atas jadual kelayakan Asia bagi Piala Dunia FIFA 2022, bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua individu terlibat,” katanya.

— BERNAMA

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button