Politik

Polemik peletakkan jawatan Tan Sri Apandi

PELETAKAN jawatan Pengerusi Jawtankuasa Disiplin UMNO, Tan Sri Apandi Ali menimbulkan polemik.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Ibu Pejabat UMNO ambil maklum dan memandang serius polemik peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti seperti yang dilapurkan media.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang surat peletakan jawatan diterima oleh Ibu Pejabat Parti.

“Justeru Tan Sri Apandi Ali masih Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, kata Annuar dalam kenyataan di  Kuala Lumpur petang ini.

Sehubungan itu Annuar telah berkesempatan menghubungi Tan Sri Apandi Ali, dan sahih beliau sedang bercuti di luar negara.

“Saya telah diberi sedikit gambaran apa yang telah berlaku, dan bersetuju perkara ini perlu dibincang secara tertib apabila Tan Sri pulang dari bercuti,” katanya.

Berikutan kenyataan tersebut:

Terdapat beberapa kekeliruan berkaitan perkara yang dibangkitkan DAN PERKARA INI BOLEH DIBINCANGKAN APABILA TAN SRI SENDIRI BERADA DI KUALA LUMPUR.

Adalah ditegaskan JAWATANKUASA DISIPLIN ADALAH SEBUAH JAWATANKUASA YANG DIBENTUK BERDASARKAN PERLEMBAGAAN PARTI DAN BEBAS. IA KEKAL SEDEMIKIAN.

Beberapa kekeliruan mengenai proses dan tindakan JKD akan dimurnikan apabila jawatankuasa tersebut bermesyuarat secara bebas dan dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Apandi Ali.

Adalah ditegaskan bahawa ADALAH TIDAK BENAR WUJUD CAMPURTANGAN DALAM PROSES ATAU PROCEEDING
JK DISIPLIN. Mereka kekal bebas membuat SIASATAN DAN MELAPURKANNYA KEPADA MAJLIS KERJA TERTINGGI PARTI.

Saya berharap semua pihak dapat menghormati kedudukan JAWATANKUASA INI SERTA APA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PARTI.

 

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button