Ekonomi

Sektor pembinaan Malaysia pulih 8.8 peratus

Sektor pembinaan Malaysia telah pulih sebanyak 8.8 peratus selepas kejatuhan dua tahun, berdasarkab data rasmi yang dikeluarkan Rabu.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata semua subsektor meningkat pada tahun itu dengan pertumbuhan dua angka dicatatkan dalam aktiviti perdagangan khas (19.6 peratus) dan bangunan bukan kediaman (18.7 peratus).

Dalam pada itu, subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman bertukar kepada pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 2.7 peratus dan 3.4 peratus.

Walaupun jumlah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan pada 2022 berjumlah 121.9 bilion ringgit (28.35 bilion dolar AS), ia kekal lebih rendah daripada tempoh pra-pandemi, iaitu 146.4 bilion ringgit (34.06 bilion dolar) pada 2019.

Menurut DOSM, nilai kerja yang dilakukan dalam sektor pembinaan terus meningkat sebanyak 15.7 peratus pada suku keempat 2022 selepas berkembang kukuh sebanyak 23.2 peratus pada suku ketiga tahun itu.

Pertumbuhan itu didorong oleh pertumbuhan dua angka dalam subsektor kejuruteraan awam (20.8 peratus), bangunan bukan kediaman (19 peratus) dan aktiviti perdagangan khas (12.7 peratus).

Sektor swasta terus memberikan dorongan utama kepada pertumbuhan sektor pembinaan pada suku keempat 2022, meningkat sebanyak 23.5 peratus.

Sementara itu, sektor awam meningkat sebanyak 4.7 peratus pada suku tersebut. – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button