Ekonomi

Kumpulan Bank Rakyat catat keuntungan RM1.63 bilion

Keuntungan bersih sebanyak RM1.86 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021

KUMPULAN Bank Rakyat hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.63 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM1.86 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM1.44 bilion dan RM 1.38 bilion masing-masing pada tahun sebelumnya.

Menurut Pengerusinya, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar, “Keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi ini dicapai melalui kekukuhan asas dan fokus terhadap ativiti teras, walaupun ketidaktentuan ekonomi akibat Covid-19. Sementara itu, Keuntungan bersih yang lebih tinggi disumbangkan oleh liabiliti cukai tertunda yang lebih rendah pada tahun semasa.”

Baca artikel ini > Bank Rakyat umum dividen 15% bagi tahun kewangan 2021

“Prestasi kewangan pada tahun 2021 didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan Kumpulan serta kos pendanaan yang lebih rendah kesan daripada Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang rendah. Di samping itu, peruntukan penjejasan yang lebih rendah pada tahun semasa, sejajar dengan aliran industri juga telah meningkatkan prestasi Kumpulan.” Kata beliau lagi.

Pendapatan operasi bersih Kumpulan meningkat sebanyak 3.2% kepada RM3.52 bilion berbanding RM3.41 bilion sebelum ini dibantu oleh kos dana yang lebih rendah hasil daripada pengurusan aset liabiliti yang berkesan dan Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i (CASA) yang lebih tinggi kepada RM9.23 bilion daripada RM8.28 bilion sebelum ini.

Bank Rakyat berjaya mengekalkan nisbah kos kepada pendapatan yang sihat bawah 40.0% iaitu lebih rendah daripada purata industri hasil daripada aktiviti pengurusan kos yang efektif dan terus mencatatkan sebagai Bank Koperasi paling menguntungkan, serta institusi kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia dari segi keuntungan.

Bank Rakyat akan terus memberi tumpuan kepada peranan mandatnya serta bidang pertumbuhan baharu untuk mewujudkan nilai jangka Panjang para pemegang saham.

Menurut Abd Rani lagi, pelan strategik BR25 kini berada dalam fasa perlaksanaan yang mana beberapa program telah pun dilaksanakan pada tahun ini, termasuklah penubuhan 10 Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Koperasi (SMEC) yang kini beroperasi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai untuk terus melanggan produk dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian 148 cawangan Bank Rakyat, selain Ar-Rahnu X’change, Rakyat Xcess serta Terminal Layan Diri bagi memudahkan urusan perbankan anda. – SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button