Politik

Kumpulan baju hitam akan berarak ke parlimen

Kumpulan baju hitam yang mengadakan demonstrasi di ibu negara semalam, difahamkan akan mengadakan satu lagi demonstrasi dan kali ini mereka mahu berarak ke parlimen.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada kira-kira 400 didalangi pihak pembangkang semalam cuba memasuki Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan pihak berkuasa.

Sumber PKR memberitahu parti berkenaan tidak terlibat dengan demonstrasi itu, tetapi ia melibatkan kumpulan Otai Reformasi yang membawa haluan mereka sendiri.

Selain itu sumber itu juga memberitahu bahawa kumpulan baju hitam tersebut turut disertai mereka dari parti Muda yang dipimpin Syed Saddiq Abdul Rahman.

Difahamkan juga ahli parlimen pembangkang juga akan berkumpul di hadapan parlimen esok bagi membantah penangguhan persidangan berikutan penularan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Setakat ini lebih 60 kes telah dikesan dijangkiti petugas di parlimen, dan menyebabkan kerajaan memutuskan parlimen yang sepatutnya bersidang pada hari terakhir esok ditangguhkan.

 

(Visited 732 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button