Alam SekitarNasional

Wira tak didendang, netizen sayu lihat anggota terlibat dalam operasi SAR kepenatan!

Hampir lebih 48 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berterusan di tapak perkhemahan berdekatan Father’s Organic Farm, Batang Kali dan cuma terhenti apabila hujan turun atau cuaca buruk.

Memasuki hari ketiga operasi SAR, kebanyakan anggota yang terlibat ‘kehausan’ kudrat berikutan lokasi yang terjejas berbecak dan memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak.

Namun atas semangat dan tanggungjawab sebagai anggota, perkataan berundur tidak wujud selagi kesemua mangsa yang masih hilang ditemui sama ada selamat atau meninggal dunia.

Mereka adalah wira yang tak didendang. Nama-nama mereka tidak ramai yang tahu. Namun setiap kali bencana berlaku, mereka dengan uniform masing-masinglah antara yang banyak berkorban.

Mengorbankan masa cuti, masa bersama keluarga, terdedah kepada pelbagai risiko, sering menerima kritikan daripada netizen yang acah-acah bagus namun yang pasti, jasa mereka adalah sangat mahal dan perlu dihargai.

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button