Nasionalpilihan

Muhyiddin raikan Sambutan Tahun Baharu Cina PN anjuran GERAKAN

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional yang berlangsung di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan kepimpinan parti komponen PN iaitu Presiden GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Penasihat GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Hajah Halimah Ali.

Turut sama hadir, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden BERSATU Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden GERAKAN Oh Tong Keong.

Ketibaan Muhyiddin pada kira-kira 10:30 pagi disambut dengan persembahan tarian singa dan juga tarian naga.

Pada majlis iti, Muhyiddin serta kanamaan lain turut menggaul ‘yee sang’, yang menjadi acara tradisi setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, sebagai simbolik memperoleh kesejahteraan dan semua perkara yang dilakukan memperoleh keuntungan.

Pelbagai acara menarik turut mengisi sambutan itu antaranya persembahan tarian akrobatik singa dan naga, nyanyian lagu Mandrin, dan pemberian ‘angpau’ kepada tetamu yang hadir.

“Hari ni kita bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina, sempena tahun baharu ini GERAKAN akan meperhebatkan lagi usaha dalam membatu ekonomi, kerana kita nampak masalah ekonomi itu tidak dapat diselesaikan, rakyat masih susah, rakyat tak ada duit, dan nilai Ringgit terus menurun.” kata Dominic Lau.

Presiden GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (tengah)

“Kita akan memulakan dengan bengkel-bengkel ekonomi untuk menari pelabur dari China, India, Taiwan dan lain-lain negara untuk melabur di negeri-negeri SG4 (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terngganu). Ini adalah hala tuju meneruskan kerja-kerja selepas Tahun Baharu Cina.”

“Tahun Naga sinonim dengan kekuatan, semangat dan inovatif. Semoga tahun naga ini memberi makna dan semangat baharu kepada mereka yang meraikannya. Xin Nian Kuai Le kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Selamat bercuti panjang dan jaga diri semua! Gong Xi Fa Chai.” katanya lagi. – SM

Artikel berkaitan > PM Anwar serikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran MCA

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button