NasionalNegeri

Warnai setiap premis di Perlis dengan Jalur Gemilang

SEMARAKKAN di seluruh negeri Perlis sempena Bulan Kebangsaan ini dengan mewarnai setiap premis dengan kibaran Jalur Gemilang, kata Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata sekaligus ini dapat mencerminkan rasa cinta terhadap tanahair.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibat Jalur Gemilang di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar pagi ini.

“Gunakan juga media sosial seperti Facebook (FB), Instagram, Twitter, Tik Tok secara berhemah untuk menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dengan mesej murni kepada keluarga, rakan dan rakyat,” katanya.

Mohd Shukri juga mengajak rakyat memahami maksud sebenar perpaduan.

“Perpaduan adalah kunci utama untuk memastikan kita semua, rakyat mamuk yang berbilang bangsa, dapat mencapai segala bentuk kemajuan dan kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, keyakinan, kesejahteraan dan ihsan,” katanya semasa berucap melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibat Jalur Gemilang d Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar pagi ini.

Mohd Shukri Ramli menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibat Jalur Gemilang di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar pagi ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Pada majlis berkenaan Mohd Shukri telah melepaskan konvoi yang disertai oleh 15 kenderaan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang disertai pelbagai kaum dan peringkat umur.

Mohd Shukri Ramli melakukan pelepasan Kempen Kibar Jalur Gemilang di hadapan Denai Larian Pengkalan Asam di Kangar pagi ini.

Konvoi ini akan mengelilingi seluruh pelosok Negeri Perlis dalam menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Sebelum itu diadakan acara senam pagi dan Fun Walk. – SM

BACA Polis jalankan siasatan berhubung Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button