Rencah Hidup

Kuih bakar Pulau Gadong tarik ramai pelanggan luar

MELAKA 13 Februari – Makananan tradisional kuih bakar memang sedap dimakan. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan dan sebagainya, pastinya anda mampu mengukir senyum tanda puas hati.

Namun, agak susah untuk berjumpa kuih bakar yang betul-betul menepati selera dan citarasa pada ini kerana tidak ramai yang mengusahakannya.

Begitupun di tepi jalan raya Kampung Pokok Manggis, Pulau Gadong dekat sini terdapat sebuah gerai kecil mengusahakan jualan kuih bakar pelbagai perisa.

Bagi orang ramai khususnya pengunjung dari luar Melaka pastinya tertanya-tanya apaila melalui jalan tersebut apabila melihat kereta bersusun dan orang ramai sedang menunggu giliran.

Kebanyakkan kereta dengan nombor plat pendaftaran dari luar Melaka paling kerap berkunjung ke gerai tersebut khususnya sewaktu cuti hujung minggu atau cuti kelepasan am.

Apa tidaknya gerai kecil terletak di tepi jalan raya Kampung Pokok Mangis, Pulau Gadong itu sebenarnyamenjual kuih tradisional yang cukup popular iaitu kuih bakar.

Gerai yang lebih dikenali Kuih Bakar Kak Burok sudah mula dikenali pengunjung dari luar Melaka seperti dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang selain penduduk dari Pulau Gadong dan
kawasan sekitarnya hingga ke Klebang dekat sini.

Seorang pemuda Zulfadli Zainal, 26, mengusahakan warung kecil dibantu tiga saudara mara memasak dan menjual kuih bakar resipi daripada arwah nenek, Burok Osman.

Menurut pemuda itu, dia menjual dua jenis kuih bakar iaitu perasa manis dijual pada harga RM5 dan berinti daging berharga RM6 sebungkus.

Katanya, orang ramai tertarik dengan kuih bakar resipi arwah neneknya kerana masih menggunakan cara lama iaitu memasak menggunakan sabut kelapa dimasak menggunakan 10 tempat memasak.

“Sebenarnya, memasak menggunakan cara lama membakar menggunakan sabut kelapa menjadikan kuih bakarnya
sedap dimakan.

“Walaupun cara ini agak remeh tetapi bagi mengekalkan kesedapan kuih bakar saya lebih rela melakukannya kerana ramai pelanggan mengakui kuihnya sangat enak dan sedap,” ujarnya.

Menurut Zulfadli, cara menyediakan kuih tersebut juga turut menggunakan cara tradisional iaitu membancuh tepong menggunakan tangan.

Setiap hari katanya, sebanyak 15 hingga 30 kilogram (kg) tepong dibancuh untuk kuih bakar manis dan sepuluh kilogram bagi kuih bakar berinti daging.

“Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan antara RM7,000 hingga RM12,000 sebulan jika mendapat tempahan
untuk majlis perkahwinan dan sebarang keraian,” ujarnya.

(Visited 2,000 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button