Negeri

Kudat, Keningau, Tambunan zon merah

Keputusan sampel ujian Covid-19 tertunggak yang berjaya diperoleh hari ini, memperlihatkan tiga lagi daerah di Sabah berada dalam zon merah, iaitu Kudat, Keningau dan Tambunan.
Borneo Today melaporkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan, dengan tambahan enam kes positif baharu di Kudat, ia menjadikan bilangan kumulatif kes di Kudat sehingga kini adalah sebanyak 48 kes.
Sementara di Keningau, terdapat 16 kes positif baharu, menjadikan keseluruhan kes di Keningau sebanyak 73 kes.
Manakala, Tambunan pula mempunyai 19 kes baharu dan jumlah keseluruhan kes adalah 50 kes.
Dengan tambahan tiga daerah baharu itu, sebanyak 16 daerah di Sabah kini berada dalam zon merah, lapan daerah berada dalam zon kuning dan tiga daerah zon hijau, iaitu Nabawan dan Tongod.
Daerah Telupid keluar daripada zon hijau apabila mencatatkan dua kes positif baharu pada hari ini.
Statistik terkini daripada 702 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah, Semporna dan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan masing-masing 141 kes di Semporna dan 127 kes di Kota Kinabalu.
Turut mencatatkan kes positif baharu yang tinggi adalah Lahad Datu (98), Sandakan (78) dan Tawau (70).
Daerah lain yang mencatatkan tambahan kes baharu adalah Tuaran (44), Putatan (24), Penampang (20), Kunak (11), Papar (10), Ranau (10), Kota Belud (9), Kuala Penyu (5) dan Pitas (4). Manakala, dua kes baharu masing-masing di Kinabatangan, Sipitang, Kota Marudu dan Tenom.
Di Sabah, enam kematian dilaporkan hari ini dengan dua kematian di Kota Kinabalu, dua kes di Sandakan dan dua di Tawau. Bilangan kumulatif kes kematian di Sabah meningkat kepada 61 kes.
Sementara, bilangan kes Covid-19 yang dilaporkan di Sabah setakat ini adalah sebanyak 7,439 kes, dengan 4,650 kes aktif yang sedang menjalani rawatan di hospital seluruh Sabah. Manakala, 2,728 pesakit telah pulih.
Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, iaitu kluster Penjara Kepayan dengan 48 kes baharu. Ini menjadikan bilangan kluster di Sabah meningkat kepada 30 kluster.
(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button