ParlimenSukan

KBS rancang 500 aktiviti penyertaan 300,000 belia

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah merangka dan melaksanakan program khusus kepada belia berteraskan Dasar Belia Malaysia (DBM), Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) dan Pelan Strategik KBS.

Ketiga-tiga dokumen ini memberikan penekanan kepada keperluan dan landskap belia semasa dan masa hadapan bagi memastikan pelaksanaan setiap program yang dirancang berupaya untuk memberikan kesan besar terhadap golongan belia di negara ini.

Demikian jawapan kepada soalan lisan yang diajukan Seruandi Saad, apakah pelan strategik KBS dalam merangka dan melaksanakan program-program khas untuk pembangunan belia.

Kata pihak KBS, bagi memastikan aspek pembangunan belia Malaysia terus diperkasa, fokus utama Kementerian ialah terhadap pelaksanaan inisiatif nafas baharu terhadap program Rakan Muda.

“Inisiatif ini juga dilaksanakan dengan hasrat menerapkan pengamalan gaya hidup positif  kepada anak muda di negara ini,” katanya.

GAMBAR GOOGLE-GAMBAR HIASAN-Pembinaan litar untuk sukan bermotor.

Bagi tujuan tersebut, Kementerian memperkenalkan 10 gaya hidup baharu Rakan Muda seperti berikut:

  1. Rakan Aktif;
  2. Rakan Bumi;
  3. Rakan Demokrasi;
  4. Rakan Digital;
  5. Rakan Ekspresi;
  6. Rakan Litar;
  7. Rakan Mahir;
  8. Rakan Muzik;
  9. Rakan Niaga; dan
  10. Rakan Prihatin.“Bagi memastikan inisiatif ini dapat direalisasikan secara meluas berpandukan kepada kumpulan sasar yang telah ditetapkan,  KBS merancang 500 aktiviti untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan sasaran penyertaan seramai 300,000 belia,” katanya. – SM

    BACA Esports diiktiraf sebagai sukan, NESDEG berfungsi sebagai panduan
    BACA Aktiviti pasaran harta tanah rekodkan penurunan pada S1 2023

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button