Hiburan

Shila Amzah dan Ubai Mz bercinta, tak sangka ia bermula dengan skuter

Penyanyi, Shila Amzah bercerita kepada peminat bahawa dia dan personaliti TikTok, Ubai Mz sememangnya bercinta dan ia bermula dengan skuter.

Selain meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan pasangan, Shila Amzah nampaknya mengambil jalan untuk terus move on.

Shila Amzah pernah berkahwin dengan orang yang lebih tua daripadanya, Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hanya bertahan sehingga Februari 2022.

Setelah setahun menjalani status single, Februari 2023 menyaksikan wajah muram Shila Amzah berganti dengan senyum bahagia dek kerana hadirnya Ubai Mz.

Kata Ubai Mz, dia sememangnya menyukai Shila Amzah sejak berusia 13 tahun sebagai peminat dan mengakui memang ada follow selebriti itu di Twitter.

Namun Ubai Mz hanya mendekati Shila Amzah berada dalam fasa kecewa akibat kegagalan rumah tangga dan ketika itu, Shila Amzah menangis dalam live TikTok.

“Saya rasa ‘budak ni sakit’, jadi saya mendekatinya. Saya sentiasa ada untuknya ketika susah dan sedih. Begitu juga saya sering menenangkan Shila,” kata Ubai.

(Visited 1,380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button