Nasional

PKPD: Bekalan keperluan penduduk Taman Semarak, Tawau ditambah

BEKALAN bantuan untuk penduduk Taman Semarak, Tawau yang didakwa menghadapi masalah kekurangan bekalan keperluan sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), akan segera ditambah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, pihaknya telah mengarahkan agensi terlibat untuk menangani masalah penduduk berkenaan.

“Saya difahamkan mungkin timbul sedikit kekeliruan komunikasi berhubung prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut berkaitan kekurangan bekalan makanan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di Kota Kinabalu sebagai mengulas isu tersebut yang tular.

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan kira-kira 20 penduduk berkumpul di belakang pagar kawad berduri kawasan itu, sambil memegang plakad meminta bantuan segera diberikan kepada mereka.

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button