Rencah Hidup

Suspek lelaki makan otak mati ditembak polis

FILIPINA – Seorang lelaki yang berusia 21 tahun, Lloyd Bagtong, suspek yang membunuh, memenggal dan memakan otak seorang wanita di wilayah Talisayam, Misamis Oriental, Jumaat lalu, mati ditembak polis ketika dia dibawa ke Cagaya de Oro untuk siasaatan di Pejabat Pendakwaraya Wilayah.

Bagtong yang ditahan polis didakwa memenggal kepala mangsa hanya kerana mangsa berturut dalam Bahasa Inggeris dengannya.

Bagtong yang merupakan penduduk Kampung Casibole, Talisayan, ditembak oleh salah seorang polis pengiring ekoran tindakan suspek yang merampas pistol daripada seorang lagi polis yang mengiringi perjalanan ke pejabat Pendakwaraya.

Memetik laporan berita terjemahan Astro AWANI hari ini, Bagtong ditembak tiga kali dan kejadian berlaku apabila tayar kenderaan pengiring yang membawa Bagtong dikatakan pecah kira-kira 62 kilometer dari Talisayan dan 30 kilometer dari Cagayan de Oro.

Ketua Polis Talisayan, Kapten Maribeth Ramoga berkata, suspek dibawa ke bandar Cagayan de Oro bagi menjalani prosiding inkues berhubung kes pembunuhan wanita berkenaan kerana di Talisayan pada ketika itu, tiada pendakwaraya yang bertugas.

“Ketika dalam perjalanan, Bagtong dilaporkan meminta kebenaran untuk turun dari kenderaan kerana mahu membuang air kecil ketika kenderaan pengiring berhenti kerana tayar pecah.

“Pegawai polis yang mengiring suspek mengubah posisi tangan Bagtong ke hadapan dan secara tiba-tiba, suspek merampas pistol milik polis pengiring  dan melepaskan tembakan sebelum seorang lagi polis pengiring bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek,” katanya.

Bagtong terkena dua das tembakan di bahagian dada dan satu das lagi di bahagian sisi badan.

Suspek dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia manakala manakala tiada anggota polis yang cedera dalam insiden tersebut. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button