PolitikPRK

Ku Li kata Tun M hanya pandai berjanji

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pengundi di Tanjung Piai tidak terpedaya dengan janji-janji yang ditabur Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana kata beliau yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, banyak janji diberikan oleh Pengerusi Bersatu itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 masih belum dilaksanakan.

“Tak usah dengarlah apa dia (Dr. Mahathir) cakap. Nasihat saya tak usah lagi dengar dia cakap.

“Banyak sangat cakap tapi tidak tunai janji pun tak berasas,” katanya memetik laporan yang disiarkan portal UMNO Online hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa segala janji akan ditunaikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Menurut Dr. Mahathir, kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana mereka adalah kerajaan di peringkat negeri dan Pusat.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik, daripada Bersatu (PH) akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Ia mencuri tumpuan berikutan berlaku pertembungan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan dua wakil Bebas.

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button