Luar Negara

Pokok rare ditemui dinamakan sempena nama Leonardo DiCaprio

SEJENIS pokok telah dinamakan dengan nama pelakon popular, Leonardo DiCaprio sebagai tanda penghormatan kepada bintang tersebut atas jasanya menyelamatkan hutan hujan daripada pembalakan, kata para saintis Taman Botanik Diraja, Kew.

Pokok tersebut yang hanya tumbuh di hutan Cameroon yang terkenal dengan biodiversity yang luar biasa telah diberi nama rasmi, Uvariopsis Dicaprio.

“Kami rasa beliau berperanan dalam membantu menghentikan pembalakan Hutan Ebo.

“Beliau telah menggunakan platform media sosialnya untuk menyokong agar pembalakan di Hutan Ebo tidak dilakukan.

“Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan Leo kepada kami dalam berkempen untuk melindungi Hutan Ebo,” kata Dr Martin Cheek yang berkhidmat di Kew.

Beberapa bulan kemudian, perancangan pembalakan di Hutan Ebo telah dibatalkan oleh Presiden Cameroon Paul Biya.

Pokok Dicaprio merupakan tumbuhan yang baru ditemui dan baru dinamakan secara rasmi oleh saintis Kew pada tahun ini.

Pokok malar hijau tropika kecil yang mempunyai bunga kuning berkilat tumbuh dari dahan- dahan berbentuk belalai.

Pokok tersebut hanya didapati di kawasan kecil hutan dan sangat terancam. -SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button