Nasional

“Saya bukan orang buruan” – Peguam Mansoor Saat

SIARAN akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7 Ogos lalu didakwa menggambarkan Peguam Mansoor Saat dalam keadaan paling teruk.

Peguam Mansoor Saat mendakwa, menerusi siaran akbar tersebut, ia turut menggambarkan bahawa beliau melarikan diri untuk mengelakkan pendakwaan.

Kata Mansoor, beliau bukanlah orang buruan kerana perjalanannya dari negara ini, Malaysia, adalah sah.

“Peninggalan saya dari negara ini yang dilakukan secara sah, berbalik terhadap saya, sebagai tanda kelakuan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SPRM berkata bahawa Mansoor dan menantu bekas perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Adlan Berhan, telah meninggalkan negara ini pada Mei lalu.

Kedua-dua individu itu sedang dicari oleh SPRM untuk membantu dalam apa yang dipercayai sebagai penyiasatan ke atas projek yang melibatkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian. – SM

BACA PDRM terima permohonan notis merah kes menantu Muhyiddin

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button