Nasional

KSN bimbang sindiket kartel tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion

KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras salah laku melibatkan kakitangan awam.

Beliau berkata, pendedahan SPRM terhadap sindiket kartel tender kerajaan melibatkan kakitangan awam bernilai RM3.8 bilon sememangnya membimbangkan.

“Saya amat kesal terdapat segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna oleh pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.

“Saya memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu ini atau pun sebarang salah laku yang menjejaskan imej Perkhidmatan Awam sekiranya bersalah,” kata Mohd. Zuki dalam satu kenyataan.

Semalam media melaporkan, SPRM menahan tujuh individu dipercayai anggota sindiket kartel memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu.

Penahanan individu terbabit termasuk ketua sindiket berusia 47 tahun itu dipercayai melumpuhkan sindiket kartel projek dan tender kerajaan dengan nilai projek dianggarkan mencecah RM3.8 billion.

Kartel terbabit dikatakan memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

Ketua sindiket berkenaan mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terbabit.

Beliau dikatakan mewujudkan 150 syarikat berbeza dengan menggajikan beberapa individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri.

Sindiket dikatakan memberi tumpuan terhadap projek penyelenggaraan kemudahan dan projek pembangunan.

“Saya telah berulang kali memberi peringatan kepada semua Ketua Jabatan supaya menerap dan memegang utuh konsep integriti dalam pengurusan organisasi dengan memperkukuhkan porgram kesedaran dan pencegahan selaran dengan pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional.

“Jabatan Perkhidmatan Awam telah diarahkan untuk melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan-jawayan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku,” katanya.

Sindiket terbabiy dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ untuk memastikan syarikat di bawah kawalannya dibenarkan masuk tender bagi memastikan salah satu daripadanya berjaya.

Modus operandi kartel tersebut ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

Taktik ‘mengepung harga’ iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket.

Syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga berbeza berdasarkan harga siling ditetapkan.-SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button