JenayahNasionalNegeri

Nak untung besar, wanita rugi RM417,000 akibat pelaburan palsu

TERPENGARUH iklan pelaburan di Facebook (FB), untung yang diimpikan telah berakhir apabila duit lebur begitu sahaja.

Jumlahnya pula bukannya sedikit tetapi bernilai RM417,000.

Kontraktor wanita berusia 48 tahun di Perlis yang sudah merasa diri tertipu dengan pelaburan palsu ini tampil membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam (23 November).

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kes berkenaan mangsa dikatakan telah melihat satu iklan pelaburan di FB lalu menekan pautan yang diberi.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan Whatsapp yang terdiri dari ahli pelaburan palsu itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya berinteraksi menerusi Whatsapp itu mula tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan.

Katanya, mangsa ditawarkan dengan pelaburan modal serendah RM300 tetapi dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM88,000 dalam masa sehari.

Berikutan itu, katanya, mangsa telah melakukan transaksi sebanyak 80 kali mulai 17 Mei hingga 16 Ogos lalu.

“Ia melibatkan 32 akaun bank dalam kes ini,” kata Yushariffudin dalam kenyataan media hari ini.

Malah katanya, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut sehinggalah membuat laporan polis semalam (23 November). – SM

BACA Pengusaha restoran ditipu RM343,203 dalam penipuan pelaburan

BACA Datuk berpengaruh terlibat dalam penipuan pelaburan RM1 bilion

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button