Nasional

Lesen 10 tahun: JPJ ada cara kesan pesalah trafik

WALAUPUN tempoh memperbaharui lesen memandu kini dilanjutkan sehingga 10 tahun itu tidak bermakna pemilik yang melakukan kesalahan jalan raya terlepas daripada kena saman.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas tetap tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan jika melakukan kesalahan jalan raya.

BAYAR 10 tahun dapat potongan RM30, jadi hanya bayar RM270 sahaja.

Loke berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kaedah dan sistem yang mampu mengesan pesalah termasuk tindakan drastik seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu.

Beliau berkata, kerajaan memulakan dasar baharu membenarkan pemegang lesen memandu Malaysia (LMM) untuk semua kategori mendapat diskaun 10% jika memperbaharui lesen bagi tempoh 10 tahun di mana tahun ke-10 diberikan secara percuma bagi kemudahan orang ramai.

“Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang kita perkenalkan untuk memudahkan orang ramai,” jelas beliau.

Loke juga mengakui mendapat banyak maklum balas dan permintaan orang ramai melalui media sosial untuk memanjangkan tempoh memperbaharui lesen memandu mereka.

“Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tak bayar saman dan sebagainya, kita (JPJ) ada cara lain, cara digital.

“Tidak bermaksud lesen tak perlu memperbaharui lesen 10 tahun akan terlepas dari sistem kita. Kita ada cara tersendiri menangani isu penguatkuasa,” katanya menurut laporan Kosmo. – SM

BACA PAUTAN Tempoh baharui lesen memandu kini boleh sampai 10 tahun

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button