Hiburan

Kris Dayanti akui hubungan dengan anak-anak baik, cuma terasa hati

HUBUNGAN penyanyi Krisdayanti bersama dengan anak-anaknya iaitu Aurel Hermansyah dan Azriel yang bergaduh secara terbuka di laman sosial ternyata mendapat perhatian ramai peminat.

Pergaduhan itu makin berlanjutan apabila suami Kris Dayanti atau mesra dengan panggilan KD, Raul Lemos turut masuk campur dan memuat naik status yang menyindir kedua-dua anak tirinya.

Namun Kris Dayanti dalam satu sesi podcast bersama Deddy Corbuzier menyatakan bahawa hubungannya bersama anak-anak dalam keadaan baik.

“Ada beberapa hal yang membuatkan saya kurang berkenan dengan sikap anak-anak.

“Satu daripadanya ialah berkenaan Aurel yang tidak pernah menceritakan soal ingin bernikah bersama YouTuber Indonesia, Atta Halilintar,” jelasnya seperti dilaporkan Kapan Lagi.

Menurut KD, dia hanya tau hal berkenaan setelah diceritakan daripada ibu tiri Aurel.

Katanya, komunikasi secara berhadapan itu perlu dan bukan sekadar mengambil tahu perkembangan satu sama lain menerusi laman sosial sahaja.

Sebelum ini, Aurel dalam laporan Wow Keren menyatakan yang dia sudah sedia untuk bernikah dengak Atta Halilintar.

Baca https://suaramerdeka.com.my/anak-lelaki-krisdayanti-bergaduh-dengan-raul-lemos/

Atta Halilintar yang kini sudah mempunyai 23.5 juta subscriber di YouTube merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Namun perancangan itu mungkin ditangguh kerana pandemik COVID-19. – SM

(Visited 875 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button