Nasional

KPWKM, JKM terus gerakkan Bakul Prihatin Negara seluruh negara

BANTUAN Bakul Prihatin Negara terus bergerak lancar dengan jumlah 1,017 penerima melibatkan 3,391 isi rumah telah mendapat manfaat daripada Bakul Prihatin Negara hari ini.

Sehingga kini, 83 Parlimen dan 146 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menggerakkan dan mengagih-agihkan Bakul Prihatin Negara.

Inisiatif kerajaan dan korporat yang baharu sahaja digerakkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Julai lalu dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mengambil langkah pro-aktif dengan agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penerima .

Penerima terlibat adalah mereka yang datangnya dari 48 daerah di mana 11 negeri yang mengemukakan permohonan menerusi tiga saluran yang diaktifkan di bawah  KPWKM.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, Negeri Sembilan turut sama menggerakan Bakul Prihatin Negara  dengan menghulurkan bakul-bakul kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid-19.

Kedah telah mengagihkan 279 Bakul Prihatin Negara sehingga kini manakala Kelantan telah menghulurkan 269 Bakul Prihatin.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan dengan jumlah 168 bakul, Perak (85), Perlis (33), Selangor (18) dan Johor (17) sementara Sabah (80) dan Sarawak (60).

Dalam masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakt Kubang Pasu, Kedah telah menyerahkan 16 Bakul Prihatin di Parlimen Jerlun, 23 di Parlimen Kubang Pasu dengan menjadikan jumlah 39 Bakul Prihatin.

Serahan bakul kepada masyarakat oleh JKM Kubang Pasu berwawasan sama iaitu bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 di sekitar daerah tersebut.

Senarai pelaksanaan Bakul Prihatin Negara mengikut daerah atau bahagian di Johor ialah Mersing (15 ) dan Tangkak (2) manakala Selangor, Shah Alam (18).

Sembilan daerah di Kelantan menerima Bakul Prihatin Negara iaitu dengan Kota Bharu dan Machang masing-masing (106), Jeli (51), Kuala Krai (4) manakala Wakaf Baru dan Gua Musang, masing-masing satu bakul.

Bagi Perak pula, 33 penerima dari Perak Tengah, 20 bakul diserahkan di Muallim, 24 bakul di Kuala Kangsar dan tiga di Kampar.

Hulu Terengganu mencatatkan lima penyerahan Bakul Prihatin Negara dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah tiga bakul iaitu dua di Titiwangsa dan satu di Wangsa Maju.

Seramai 16 penerima Bakul Prihatin di Perlis dengan pembahagian 14 bakul diserahkan kepada penerima di Kangar, satu di Mata Ayer dan dua di Padang Besar.

Bakul Prihatin Negara akan terus dihulurkan kepada penerima yang memerlukan bantuan dan perkembangan terkini akan diperoleh di Suara Merdeka. – SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button