Politik

Isu karikatur komunis, MCA tidak sensitif – Isma

TINDAKAN Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng yang menegur pihak polis dalam isu mural karikatur komunis dekat restoran di Georgetown, Pulau Pinang dianggap tidak sensitif.

Ini kerana, MCA dilihat seolah-olah cuba mempertahankan pemilik restoran terbabit yang membenarkan karikatur wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Ton dijadikan hiasan.

Sedangkan, umum maklum sejarah komunis di negara ini yang menyaksikan siri kekejaman pasukan bintang tiga itu terhadap penduduk tempatan.

Justeru, tindakan mempertahankan pemilik restoran itu juga cuba membangkitkan semangat terhadap fahaman komunis.

“Ini menampakkan wajah sebenar MCA dan apa yang mereka perjuangkan. Apakah mempromosikan pejuang-pejuang komunis itu dianggap biasa-biasa?

“Atau apakah ini satu usaha normalisasi atau lebih parah lagi satu usaha untuk membangkitkan kembali semangat yang sudah lama hilang?

“Kalaulah benar sekadar hiasan, maka apakah tidak ada lagi gambar lain untuk dijadikan hiasan?

“Persoalannya mereka bukannya tidak tahu sensitiviti perkara ini kerana ia telah disuarakan banyak kali.

“Tidakkah mereka lupa peristiwa pembawaan pulang abu mayat Chin Peng dan perkumpulan besar-besaran mengenang perjuangan komunis di Kajang dua tahun lalu yang dihadiri sendiri oleh wakil-wakil rakyat?”

Demikian luahan dilontar Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya dalam hantaran Facebooknya semalam.

Beliau berkata demikian berasa kesal dengan tindakan MCA yang sepatutnya menegur pemilik restoran terbabit, bukannya pihak polis.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan MCA supaya sedar diri apabila mendakwa parti masyarakat Cina itu tidak lagi mendapat sokongan.

Ini kerana, MCA dikatakan terlalu bergantung kepada penyokong Melayu untuk memastikan mereka kekal relevan dan mempunyai wakil dalam Parlimen.

“Sebenarnya MCA sedang cuba untuk mencari talian hayat kerana mereka sudah tidak mendapat sokongan kaum Cina.

“Mereka akan mencuba segala upaya untuk menarik sokongan kaum Cina walaupun terpaksa melanggar adab-adab keharmonian kaum dan lunas undang-undang apatahlagi prinsip dan ideologi perjuangan mereka,” tempelaknya.

Aminuddin kemudian, mencadangkan Barisan Nasional (BN) menilai kembali kedudukan MCA dalam parti itu apabila ia dilihat tidak lagi boleh diharapkan untuk meraih sokongan masyarakat Cina.

“PRK (Pilihan Raya Kecil) Tanjung Piai menjadi bukti bahawa MCA hanya mengharapkan talian hayat daripada orang Melayu semata-mata.

“Tetapi selepas menang, mereka terus lagi dengan kebiadapan mereka dan malah lebih melampau-lampau lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Teik Cheng dilapor menyifatkan tindakan polis menyerbu serta merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button