fbpx
Nasional
Trending

KPN arah 3 jabatan bantu SPRM selepas anggota, pegawai ditahan

KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Beliau mengarahkan pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Jenayah, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melakukan siasatan serta membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ketiga-tiga pengarah itu sedang jalankan tindakan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata masih banyak yang sedang disiasat SPRM dan mereka memerlukan ruang serta waktu untuk meneruskan siasatan kes berkenaan.

Hamid mengulas siasatan terhadap 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu oleh SPRM berkaitan sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.


Kelmarin, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Semalam, 9 pegawai kanan polis termasuk beberapa ketua polis daerah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan. – BERNAMA

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button