Alam SekitarBanjir

KPM buka bilik gerakan banjir di Terengganu dan Kelantan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.

Sejak dua hari lalu, banjir melanda beberapa lokasi di Terengganu dan Kelantan menyebabkan beberapa sekolah dinaiki air.

SPM 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac ini membabitkan seramai 401,927 calon peperiksaan di seluruh negara.

Rata komen kepada hantaran Radzi ke media sosial itu menyifatkan bencana banjir merupakan satu dugaan besar.

Mereka mendoakan semua mangsa selamat dan tabah. Bagi calon SPM juga didoakan kuat semangat.

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button