NegeriRencana

Lukisan Doodle #KeluargaMalaysia Jadi Lokasi Tumpuan Untuk Dimuat Naik Ke Medsos!

Dengan seni, mesej yang berat-berat sekali pun dapat disampaikan dengan cara yang cukup mudah difahami.

Maka tidak hairanlah mengapa lukisan doodle di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi tumpuan ramai.

Seorang pengunjung, Muhd. Fedri Halim, 35, berkata, doodle yang dipamerkan dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sangat ‘catchy’.

“Saya suka dengan konsep yang dipamerkan kerana sepanjang laluan ini, kita sebagai rakyat dalam melihat diri kita pun ada dalam lukisan ini.

“Meskipun ia dilukis secara doodle atau pun berkias, namun kita boleh faham dan terasa cukup dekat untuk bangun sebagai keluarga Malaysia,” katanya.

Muhd. Fedri berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka menerusi satu tinjauan dalam program berkenaan di KLCC.

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button