NasionalPendidikan

Wang BAP RM109,000 disamun: KPM akan beri kerjasama penuh kepada Polis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) merujuk kepada laporan kecurian yang melibatkan wang bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang hilang akan memberi kerjasama penuh kepada Polis.

KPM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap kejadian itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Pada masa yang sama, KPM juga sedang menyemak insiden tersebut daripada segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

“KPM melalui Surat Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, bertarikh 29 Disember 2022 telah memberi peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan
pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan tersebut.

Katanya, Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan ini juga telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan tatacara kewangan.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan
yang telah ditetapkan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kenyataan tersebut, hari ini. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button