Politik

Bubar DUN Sabah, Mohd. Shafie ‘gentleman’

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dianggap sebagai ‘gentlman’ apabila membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika berhadapan krisis.

Beliau dianggap demikian ketika berhadapan situasi cubaan rampasan kuasa selepas beberapa wakil rakyat didapati lompat parti.

Hal demikian berlaku selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman didakwa ‘membeli’ beberapa wakil rakyat bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

“Tindakan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah adalah tepat dan tak perlu dipertikaikan kerana dipersetujui Yang Dipertua Negeri.

“Tak salah beliau hendak bubarkan kerana sebagai seorang yang bertanggungjawab atau ‘gentleman’ akan memulangkan semula kuasa itu kepada rakyat.

“Yang mana, kalau kita lihat ini amat jarang sekali bagi orang sudah pegang kuasa sanggup untuk melepaskan kembali kepada rakyat.”

BACA > BN wajar tentukan kedudukan pada keputusan PRN Sabah – Suara Merdeka

Demikian kata penganalisis isu semasa dan Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Amirul Akhbar Mohd.

Beliau ketika dihubungi wartawan Suara Merdeka turut memaklumkan, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu sebagai kematangan dalam politik.

DUN SABAH
MOHD. AMIRUL AKHBAR

Malah, tindakannya itu juga dilihat sebagai kesanggupan Mohd. Shafie memperjudikan nasibnya yang jarang dilakukan ahli politik lain.

“Secara langsung, kita lihat Mohd. Shafie memperjudikan nasibnya. Tetapi tidak mengapa kerana atas nama rakyat.

“Kalau dia kalah pun, dia kalah sebagai ‘gentleman’. Dia tidak kalah secara ‘ada akuan bersumpah’ dan sebagainya.

“Kerana, apa yang saya lihat, Mohd. Shafie begitu matang dalam politik, iaitu rakyat pada hari ini bukan lagi senang diperbodohkan.

“Rakyat melihat segala tindakan ahli-ahli politik wakil-wakil mereka.

BACA > Lompat parti sekarang lebih teruk berbanding katak – Ibrahim – Suara Merdeka

“Rakyat pada hari ini adalah berpelajaran, tidak menerima secara langsung apa sahaja yang dikatakan oleh ahli-ahli politik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Amirul Akhbar juga menjangkakan peluang bagi Parti Warisan mendapatkan semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurutnya, menerusi sentimen-sentimen dibangkitkan Ketua Menteri itu, rakyat Sabah dilihat tidak bermaruah jika memilih bakal ADUN yang ‘mudah dibeli’.

“Sabah ini susah BN hendak menang kerana Mohd. Shafie sudah mula main sentimen iaitu ‘mudah dibeli’.

“Awal-awal dalam kenyataan lepas beliau mengatakan rakyat Sabah tak boleh lagi untuk menerima ahli-ahli politik yang boleh dibeli seperti ‘kraftangan’.

“Ini adalah satu sentimen sebenarnya, untuk menunjukkan orang Sabah ini sebenarnya tidak bermaruah, teruk sangat sampai boleh dibeli begitu sahaja.

“Jadi, rakyat Sabah, mereka akan gunakan sentimen itu selain daripada yang mereka (BN) sudah buat.

“Saya rasa Warisan tidak ada masalah di Sabah, Warisan has no problem in Sabah,” ulasnya.

Sabah bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi selepas Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin mengeluarkan warta pembubaran DUN Sabah.

BACA > TYT Sabah warta pembubaran DUN — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu notis Yang Dipertua DUN Sabah bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. – SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button