Politik

YB Khairuddin Othman calon N.38 terus santuni warga Paya Jaras

NAMA Mohd Khairuddin Othman atau mesra dengan panggilan YB K bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras (N.38) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Seperti calon-calon lain, YB K juga tidak kurang penuh jadual hariannya dalam tempoh berkempen selama dua minggu ini sebelum PRK 12 Ogos.

Tanpa mengira penat, panas atau hujan, hujung minggu bagi YB K tetap perlu dipenuhi dengan program menyantuni orang ramai.

Hari ini, YB K merasmikan Mini Pertandingan Petanque di Padang Petanque Sri Pristana Saujana Utama .

Dengan slogan Semarakkan aura Gelombang Perpaduan di DUN Paya Jaras!!, Kekal Berkebajikan, Kekal Paya Jaras, Kekal Perpaduan!!, YB K hadir dari satu program ke satu program yang telah disusun sepanjang hari ini yang akan membawa sehingga ke malam.

Usai merasmikan Mini Pertandingan Petanque di Padang Petanque Sri Pristana Saujana Utama, beliau Merasmikan Bola Jaring Perpaduan di Padang Anggerik Saujana Utama. – SM

BACA Majlis Pemimpin PKR Selangor zahir takziah buat keluarga Allahyarham Salahuddin

PAUTAN DI LINK: [VIDEO] Kerajaan Selangor stabil – Mohd. Khairuddin

 

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button