Nasional

KUOA 2022 bakal tampilkan produk usahawan Orang Asli berkualiti

JAKOA menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) bakal berlangsung 24-26 Jun

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan sebanyak RM 2juta untuk Program Keusahawanan Orang Asli di Malaysia.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan-usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus dan seminar keusahawanan.

“Bagi menjana dan meningkatkan ekonomi masyarakat Orang Asli, JAKOA menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) sebagai sebuah platform mengentengahkan keunikan produk-produk usahawan mereka”.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pra Pelancaran KUOA 2022 di Cornerstone IPC, Wisma Golden Eagle Realty, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Puan Sapiah Mohd Nor.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad memerhati produk-produk usahawan orang asli di Majlis Pra Pelancaran KUOA 2022 di Cornerstone IPC, Wisma Golden Eagle Realty, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto: UKK KPLB

“KUOA 2022 juga antara inisiatif kerajaan untuk membuka peluang dan ruang penglibatan kepada masyarakat Orang Asli dalam mempertingkatkan kemahiran berinteraksi selain mengentengahkan usaha menggunakan sumber alam sebagai punca pendapatan”.

Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan “keterangkuman” dalam perbezaan, demi keluarga Malaysia.

Beliau menambah, bidang keusahawan yang dijalankan oleh masyarakat orang asli kini telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan pelbagai keunikan hasil kraf dan produk-produk masyarakat orang asli kini turut dipasarkan dengan kaedah konvensional dan serta menerusi jualan dalam talian sekaligus mampu meningkatkan pendapatan masyarakat orang asli di Malaysia. – SM

Baca artikel ini > FELCRA sasar bantu perkukuh industri penternakan dan pertanian negara

 

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button