KesihatanNasionalNegeri

Industri kesihatan perlu peneraju bercirikan kepimpinan tulen

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat sempena Program CSR Kerajaan Negeri Perlis ke Hospital Tawau, Sabah.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, industri kesihatan memerlukan peneraju yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tulen di mana sentiasa fokus kepada peningkatan kualiti dan perkhidmatan, terbuka kepada pandangan membina, dan juga mampu membuat perancangan hala tuju yang jelas untuk organisasi masing-masing.

Titah Baginda, ia perlu disebar luas kepada semua lapisan kakitangan agar tiada yang tertinggal dan setiap anggota akan mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap organisasi masing-masing.

Baginda bertitah, sistem pengurusan yang sistematik, efektif dan berintegriti amat diperlukan untuk menyokong kepada kepimpinan organisasi. Ia sangat diperlukan untuk memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada.

“Setiap organisasi di industri kesihatan juga perlu memastikan pengurusan risiko diberi keutamaan supaya risiko dalaman dan luaran dapat ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan ia memberi impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan,” titah Baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sumbangan oleh penaja sempena Program CSR Kerajaan Negeri Perlis ke Hospital Tawau, Sabah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kerajaan Negeri Perlis ke Hospital Tawau, Sabah.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Perubatan) Datuk Dr Abd. Kahar Abd. Asis dan Pengarah Hospital Tawau, Dr. Norlimah Arsad dan Timbalannya, Dr Azman Ibrahim

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengadakan lawatan ke wad bersalin, wad kanak-kanak dan juga Unit Audiologi Tuanku Syed Putra.

Antara yang disumbangkan kepada Unit Audiologi Tuanku Syed Putra Hospital Tawau pada kali ini melalui Baginda ialah 1 unit katil bayi daripada Pengarah Urusan Econmas Sdn. Bhd, Datuk Rick Cheng Wooi Seong dan 1 unit Visual Reinforcement Audiometry oleh Pengarah Eksekutif, DMIA Group, Datuk Seri Subramaniam Pillai.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan kakitangan Hospital Tawau, Sabah sempena lawatan Program CSR Kerajaan Negeri Perlis.

Turut disumbangkan ialah 16 kotak cederamata daripada AEON BIG (M) Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, 31 Bakul Makanan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis oleh Pengarahnya Amran Mahadi dan 100 hampers kepada wad bersalin dan wad kanak-kanak daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor. – SM

BACA Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Menteri Kesihatan

BACA Timbalan Menteri Kesihatan tertarik program saringan kesihatan untuk asnaf di Perlis

(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button