Rencah Hidup

Generasi muda Islam Malaysia jahil, soal kahwin pun ditanya dekat X

Walaupun negara memiliki tiga mercu tanda yang tinggi di ibu kota namun penghayatan agama dalam kalangan generasi muda Islam di Malaysia semakin menyedihkan.

Entah di mana silapnya, akibat terperangkap dalam sistem belajar agama untuk lulus peperiksaan sahaja, soalan tentang rancangan perkahwinan pun ditanya dekat aplikasi X.

Perkara ini jelas berlaku apabila umat Islam di Malaysia terlalu lama berada dalam sistem pendidikan sekular, yang memisahkan keduniaan dengan kekuatan agama.

Ia bermula sejak sebelum zaman 1948 atau 1957 lagi, namun biar pun setelah berpuluh-puluh tahun, sistem pendidikan sekular ini tiada sesiapa pun berani mengubahnya.

Mengubah kepada apa? Mengubah kepada asal di mana agama dan pembelajaran tentang kehidupan itu satu kerana hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.

Bukannya hidup di dunia sementara satu hal, lepas tu bila dah kena gout, strok dan kencing manis sampai potong kaki baru nak merangkak belajar agama, itu pun belajar dari YouTube!

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button