BeritaPendidikan

KPLB kerjasama dengan kerajaan Singapura dalam pendidikan teknologi digital dan kreatif

PUTRAJAYA, 3 Feb. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, mengorak langkah dengan menjalin kerjasama lebih erat dengan Singapura khususnya dalam bidang pendidikan teknologi dan kreatif.

Persefahaman kerjasama dua hala itu dicapai hasil perbincangan menerusi kunjungan hormat Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Putrajaya hari ini.

Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB hari ini.

Selain bertukar pandangan dalam hal  pembangunan sosial, turut disentuh Masagos dan delegasinya ialah rancangan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam  pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi faedah dua hala terutama  kepada masyarakat di luar bandar.

Masagos Zulkifli yang  juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri eko dan agro  pelancongan serta pelancongan kesihatan.


Beliau berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula hari ini.

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang  terjalin sejak 59 tahun yang lalu.

(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button