Jenayah

Shuib dan Siti Sarah dipanggil SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Menurut sumber yang memberitahu Utusan Malaysia, kedua-dua mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tengah hari tadi bagi mengambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit termasuk beberapa selebriti mungkin akan dipanggil.

Suara Merdeka cuba menghubungi penyanyi, Siti Sarah namun panggilan itu tidak dijawab.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya.-SM

(Visited 946 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button