Nasional

KPLB bakal perkasa SKoD di 182 kawasan Parlimen tahun ini

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dilaksanakan bagi menggerakkan aktiviti sukarelawan di luar bandar.

“SKoD ini merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di kawasan luar bandar yang mempunyai peranan seperti Komuniti Rukun Tetangga.

Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap di Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga KEMAS di Pusat Komuniti Padang Kerasak semalam.

Cuma bezanya SKoD fokus kepada komuniti di luar bandar dimana penyertaannya adalah secara sukarela dan terbuka serta membabitkan Penghulu, Ketua Kampung, Institusi Kepimpinan Komuniti, Jawatankuasa Masjid, Surau serta orang awam.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga KEMAS di Pusat Komuniti Padang Kerasak semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Jelas Mahdzir, SKoD disasarkan akan dianggotai sekurang-kurangnya 15 orang ahli bagi setiap kampung secara sukarela dan tanpa sebarang bayaran.

Antara pengisian Program SkoD termasuk aktiviti kesedaran kesihatan, amalan gaya hidup sihat dan program menangani isu keselamatan serta kebajikan penduduk kampung.

Juga program ke arah memupuk semangat patriotisme seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Kebesaran Islam.

“Sebagai contoh apabila berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran di kawasan mereka, sukarelawan SkoD ini akan menjadi barisan paling pantas untuk membantu mangsa yang terkesan dengan musibah yang berlaku di tempat mereka.

Kita juga berharap melalui program ini kita mampu melahirkan generasi pelapis yang akan menjadi barisan kepimpinan dalam kalangan penduduk kampung,” ujar Mahdzir lagi. – SM

Baca artikel ini > Media perlu lebih banyak dedahkan kejayaan warga luar bandar

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button