Bola SepakSukan

Luqman Hakim, jangan jadi bodoh

Ikut nasihat orang yang tahu tentang bola sepak

UNTUNG nasib pemain muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin sama ada kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium, K.V. Kortrijk akan diputuskan dalam tempoh kurang dari seminggu.

Memetik sumber laporan Sukan ASTRO AWANI hari ini, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memberi bayangan untuk memberi kata putus mengenai status Luqman Hakim Shamsudin kelak.

Susulan pengakuan yang dilakukan Luqman Hakim dalam Nadi Arena pada Khamis lalu, penjelasan cuba diperoleh daripada pihak FAS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan pemain muda sensasi kebangsaan itu.

Luqman Hakim Pilihan Utama Lengkapkan Trio Serangan

“Perbincangan dengan Luqman Hakim adalah berkaitan dengan kontrak, perkembangan.

“Jadi, kalau tanya saya, daripada pihak FAS, kami tidak menghalang tetapi saya ingin menegaskan di sini, Luqman Hakim perlu membuat keputusan yang tepat.

“Di manakah yang sesuai untuknya. Itu adalah keputusan dia nanti. nsya-Allah satu atau dua hari lagi kami akan berikan kenyataan rasmi,” kata Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Namun begitu, bagi pengendali Selangor II,  Michael Feichtenbeiner, beliau berpendapat, amat bagus untuk karier Luqman Hakim jika pemain itu kekal di Malaysia seterusnya menyertai skuad B-19 kebangsaan.

“Dia perlukan banyak latihan. Bagi saya, dia memerlukan kempen pramusim bersama kami.

“Mungkin selepas itu, kami akan berikan dia pilihan untuk beraksi bersama skuad Liga Perdana sebelum menyertai kem kebangsaan,” ujar Feichtenbeiner.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan berkata,“jangan jadi bodoh. Ikut nasihat orang yang tahu tentang bola sepak. Jangan ikut cakap orang. Sebaliknya nilai sendiri.

“Fokus dia harus terhadap bola sepak dan bukan perkara lain. Usah fokus banyak terhadap benda tetapi tidak tumpukan perhatian ketika latihan.”

Tambah ketua jurulatih Selangor itu lagi, “dengar dengar cakap luar tetapi rujuk kepada kelompok yang lebih berpengalaman seperti pemain senior.

“Orang luar hanya mementingkan publisiti.” SM

 

 

 

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button