Nasional

KPJ bantu polis cegah jenayah sekolah

SUSULAN aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka kembali dibenarkan di bawah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0, polis Melaka menggerakkan semula Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di 253 sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Penyertaan seramai 7,402 pelajar ini bertujuan membentuk komuniti murid mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan jenayah.

“Pelaksanaan inisiatif ini juga adalah di bawah Majlis Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan aktivitinya dikendalikan secara dalam talian semasa kokurikulum dijalankan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada “Program Hari Pertama Sekolah” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, hari ini.

Jelasnya, walaupun pelajar tidak mempunyai kuasa seperti mana pihak polis namun mereka boleh menjadi mata dan telinga bagi melaporkan kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan sekolah. – Bernama – SM


(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button