Nasional

KPDNHEP lancar misi perdagangan ke Manila

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah melancarkan misi Perdagangan ke Manila, Filipina bermula 14hingga 16 Oktober 2022.

Misi perdagangan ini merupakan program pengembangan francais yang dilaksanakan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP).

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Rohaizad bin Bahari.

Beliau berkata, program ini adalah salah satu komponen yang digerakkan sebagai inisiatif KPDNHEP untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa kerana jenama francais Malaysia telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia.

“Ketika ini, sebanyak 9 jenama francais Malaysia sudah berjaya berkembang di Filipina, dan kita mahu ia terus bertambah memandangkan jenama francais Malaysia jelas memiliki potensi di sini.

“Di Filipina ini kita lihat ada potensi pasaran yang besar kerana persamaan citarasa dan budaya rakyatnya. Jadi, ini memudahkan kita bekerjasama dan memperluaskan lagi produk francais tempatan,” kata Dato’ Rohaizi Bahari selepas merasmikan Pavilion Malaysia sempena Franchise Asia Philippines 2022 (FAPHL2022).

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Francais Filipina (PFA), Chris Lim dan Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abd Kadir.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button