Politik

Nampaknya tiada siapa mampu puaskan hati beliau, kata Asyraf Wajdi

KENYATAAN bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundang kritikan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tidak ada mana-mana perdana menteri yang mampu memuaskan hati Dr. Mahathir.

“Dari zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib sehinggalah kini Tan Sri Muhyiddin, nampaknya tiada sesiapa yang mampu memuaskan hati beliau.

“Moga dengan barakah Ramadan kali ini dapatlah kiranya terbuka hatinya untuk menerima seadanya sesiapa yang diangkat menjadi perdana menteri yang mungkin tidak sehebatnya. Amiin,” doa Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi turut berdoa dengan dengan berkat Ramadan moga Allah limpahkan melimpahkan hidayah dan petunjuk kepada Dr. Mahathir yang telah lanjut usia itu untuk menghentikan segala tindakan dan usaha yang disifatkan boleh memporak-porandakan kestabilan politik negara.

Reuters yang dipetik oleh FMT melaporkan, Ahli Parlimen Langkawai itu berkata, beliau tidak akan berhenti menjatuhkan Muhyiddin kerana berang dengan Presidn Bersatu itu yang memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum kembali berkuasa.

Agensi berita antarabangsa itu melaporkan, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.-SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button