Nasional

KPDN sumbang 1,000 kotak barangan makanan, peralatan rumah kepada mangsa banjir Kelantan

SUMBANGAN terus mencurah-curah untuk diberikan kepada mangsa banjir di Kelantan termasuk peralatan rumah dan barangan makanan.

Barangan itu telah disumbangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Program Food Bank Malaysia (PFBM) dibawah Penyelasaran KPDN.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh telah menyerahkan 1,000 kotak kotak berisi makanan dan peralatan rumah kepada Pertubuhan Prihatin Kanak-Kanak Kelantan (KIDS Kelantan) untuk diedarkan kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

“Sejak 18 Disember lalu sehingga kini, KPDN telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan siap masak dan keperluan diri kepada 2,238 Ketua Isi Rumah (KIR) atau 8,283 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di mana daripada jumlah tersebut, seramai 1,369 KIR atau 4,728 mangsa melibatkan negeri Kelantan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rakan-Rakan Strategik Utama (RSU) seperti Yayasan Al-Manjie, Syarikat Legasi Z Sufi, LAZADA, Syarikat Tamin dan pelbagai lagi atas sumbangan yang dianggarkan bernilai RM70,000,” katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan juga telah menyumbang sebanyak RM10,000 bagi membantu golongan ibu tunggal dan asnaf yang turut terjejas dalam pasca banjir ini. – SM

 

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button