Berita

KPDN Bongkar Kilang Sabun Palsu di Rawang, Rampasan Hampir RM30,000

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membongkar kegiatan pengedaran sabun pencuci pakaian disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah kilang di Rawang, hasil risikan selama dua minggu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd. Hanizam Kechek berkata, serbuan yang bermula jam 2 petang itu mendapati kilang terbabit menyimpan 2,120 botol sabun berjenama terkenal yang dipercayai palsu, dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM29,680.

Menurutnya, produk tersebut dipercayai dipasarkan di sekitar Lembah Klang dengan harga jauh lebih murah berbanding produk tulen. Siasatan awal turut mendapati kilang itu telah beroperasi secara haram sejak lapan bulan lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan semua barangan telah dibawa ke stor KPDN untuk tindakan lanjut. Pemilik premis akan dipanggil memberi keterangan, manakala pemilik jenama asal dijangka bekerjasama dalam siasatan.

Sumber : Refleks!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button