fbpx
Nasional

KPD Petaling Jaya bebas Covid-19, kembali bertugas

Selepas menjalani proses kuarantin kendiri selama tiga hari, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal disahkan bebas Covid-19.

Timbalannya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sehubungan itu, Nik Ezanee akan kembali bertugas seperti biasa.

“Hasil ujian Covid-19 yang dijalankan terhadap seorang pegawai perubatan daerah Petaling iaitu kontak rapat Nik Ezanee juga disahkan negatif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nik Ezanee terpaksa membuat keputusan untuk menjalani proses kuarantin kendiri selepas mendakwa dirinya mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai perubatan.

Pegaai perubatan itu mula mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada pengurus keselamatan Tropicana yang disahkan positif Covid-19 pada kelmarin. -SM


Show More

Related Articles

Back to top button