Nasional

Mayat lelaki tanpa identitI ditemukan di pangsapuri

Tangan berikat, kepala ditutup dengan sarung bantal

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan berikat dan kepala ditutp dengan sarung bantal di sebuah unit di Pangsapuri Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Mayat lelaki tanpa identity itu dipercayai warga tempatan, ditemukan penduduk di Blok A3 pangsapuri berkenaan selepas terhidu bau busuk.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu dan satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin ketika dihubungi, mengesahkan tentang penemuan mayat lelaki berkenaan.

Katanya, polis yang tiba di rumah tersebut mendapati pintu pagar hadapan rumah itu bertutup dan berkunci manakala pintu utama, kipas serta lampu di ruang tamu rumah terbuka.

Pasukan polis berjaya membuka pintu pagar dan menemukan seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu di bilik utama dalam keadaan terlentang berdekatan katil.

“Kaki dan tangan mangsa terikat serta kepalanya pula ditutup dengan menggunakan sarung bantal berwarna merah,” katanya kepada ASTRO Awani.

Sementara itu, pemeriksaan mendapati keadaan rumah dan bilik berselerakan namun beg duit dan telefon bimbit mangsa tidak dicuri.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kematian mangsa dipercayai terdapat unsur jenayah dan polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian,  agar menghubungi balai polis berhampiran dengan segera. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button